Malam ini aku masih lagi menghadap komputer ku. Ditemani hujan renyai-renyai. Sepanjang hari ini aku meguruskan bantuan zakat ibu ku. Aku tidak tahu adakah ibu ade rezeki untuk mendapat bantuan tersebut atau tidak. Namun sekurang kurangnya aku telah berusaha untuk mencuba.
Aku sebolehnyua tidak mahu menjdai golongan yang menerima, malah tersemat di hati ku ini untuk menjadi golongan yang memberi. tetapi mampukah diriku? Untuk menyara hidup ku sendiri masih terumbang ambing. Bagaimanakah harus untuk ku memberi? Ku harapkan semoga ada rezeki buatku untuk mendapat pekerjaan yang baik.
Ya Allah pada dinihari ini ku panjatkan setulus hatiku doa padaMu, Bukalah pintu rezeki buatku dan permudahkanlah segala urusan kehidupan ku di dunia dan akhirat kelak..
No comments:
Post a Comment